Sunday, November 23, 2008

ANTARA DEBU

Tanpa angin,
jadikan sasaran,
dedaun pokok berhembus jua
tarik sahaja telinga ini
tunjukkanlah jari telunjuk,
jilatlah sampai kering ludah,
biar bulan jadi bulat
rasa kosong..
kosong!!
biarkan kulit membelah masa
siatkan!
siat! Dengan akal seperhatian keadaan
takkan lekat sang angin pada aku ini
pelik katanya
pelik
tak salah katanya itu
apa pula nasib resi muda?
Membujang lalu atau pekat hitam pendirian?
Ingat, ingat
Tentang tanggungjawab sifat adam.

Alor gajah
18 mac 2008

TAKUT

Aku selubung tubuh dari selimut
Harian aku kaku
Selimut aku kerana takut
Akan kebenaran
Akan tak terdengar sekeliling
Di hujung tanduk, pilih lorong
Tak mampu aku berdepan segala yang ada
Dari setitik dakwat pekat, aku serba salah
Ingin sahaja aku langkah,
Demi sifat terpuji
Mampukah diterima?
Atau terus derita di balik selimut?

24ogos2005
Kuantan

PUTUS

Di satu detik nanti
Pasti aku berpisah dengannya
Pasti terputus segala suapan
Melawan arus dari laut
Jadilah anak tunggal
Tanpa bantu
Biar lari
Biar sendiri
Biar menang.

13januari2006
Kuala lumpur.

(tanpa tajuk)

Mana kan aku dapat harga kuning jagung?
Sedangkan aku mencari tak terhenti
Apa, ada tertinggal sisa
Kau....
Apakah kau tahu ini?
Yang terkandung derita ini
Satu mesti...
Dan pasti
Yang seketika kemarau padaku.

1jun2006
Kuala lumpur

ARAH

Perjalanan harus miliki arah,
Arah meneutukan angin itu,
Perjalanan jua miliki papan tanda,
Tak semua papan tanda ke destinasi,
Ada yang murah....
Ada yang bahaya.


12September 2005
Cheras,kuala Lumpur

DUA BATANG, SATU JALAN

Dah lama
Mungkin dah lama
Penantian dua dekat rasanya dari peristiwa jalan ipoh
Hanya menanti walau emosi tinggi
Kini ia datang
Suatu yang dikandung hati haruskah aku?
Mampukah aku?
Atau dipaksa menanti lagi?
Sampai bila?
Sampai bila?
Jika menanti, binasalah hati
Jika pergi, hilanglah janji
Pada mata...tergoda
Pada telinga...bahaya
Pada hati...benarkah?
Arghhh......... bingung
Bingung aku
Manakah simpang itu?
Dari gumpalan darah yang terbentuk


1mac2008
Alor gajah

SUBUH

Matahari menyinari bumi,

Embun pagi membasahi diri

Yang terlena

Yang bernyawa

Agar ingat.......

Ingat!

Pada perubahan.

11januari2007

Cheras, kuala lumpur

Saturday, November 22, 2008

BANGUN, JADI PEMBUNUH

Aku perlukan satu jalan
Satu jalan untuk bunuh sekalian yang mati
Bernyawa tapi masih tak hidup
Manusia yang kebanyakkan dari binatang atau zombie
Salah siapa kalau mundur?
Bukan mahathir, Bukan pak Lah
Bukan keramaian yang beri akal
Sejarah berubah dari impressonist ke expressionist
Sampai ke abstrack
Tapi keramaian di mana?
Masih menjadi polis forensik?
Buktikanlah manusia kalau benar-benar manusia
Jangan jadi binatang yang diternak kerajaan
Jangan takut keluar dari tempurung
Jangan pernah puas dengan yang ada.

14 Julai 2008
Alor gajah

MALAM

Malam menyalak
Ibu terbatuk-batuk
Anjing pun menyalak
Lagi motor...
Semua tetap bergerak
Hingga padam api rokok
Biar yang terbang, terbang...
Dengan nama,
Adakah kau tahu apa yang di ketahui hingga puncak?
Atau biarkan terjerumus ke dalam ceruk minyak.

25april2007
Cheras, kuala lumpur

PETA

Setiap pencarian miliki peta
Setiap peta tidaklah tepat
Mungkinkah kerana masa?
Mungkin juga masa itu adalah peta?

12september2005
Cheras, kuala lumpur.

Suara-suara Abdul Mohsin kedengaran...

Percubaan pertama untuk menulis. Akan kedengaran lagi suara-suara nakal dalam blog ini.






Friday, November 21, 2008