Sunday, September 11, 2011

Jangan mati adat

Biar mati anak,
Jangan mati adat,
Adat bersendikan hukum,
hukum bersendikan kitabbullah

Adat bersendikan hukum,
hukum bersendikan kitabullah,
hukum mengata adat memakai,
cermin yang tidak kabur,
pelita yang tidak padam.

Sunday, September 4, 2011

bukan salah ibu mengandung


Buah Salak Buah Kedondong,
Buah Berangan Di Dalam Baldi,
bukan Salah Ibu Mengandung,
Salah Kita tak mengenali Diri...

asalku

"Pucuk Paku Dalam Saku,
Paku Datang Dari seberang,
Carilah Aku di dalam Aku,
Aku Ada di tempat Yang Terang....

Thursday, July 7, 2011

Abdul Mubasyir Aminuddin (baa sirr)

Malam terang yang kurang,
seADA rasa pada baa sirr,
aku mengusap belakang jasad beliau,
bermain-main dengan baa tatkala tangan mengusap di pinggang,
baa itu miliki titik di bawah,
lalu ku titik pada hujung tulang belakang,
PASTI......ASLI......SULBI,
bukan BINI,
taktila itu, ku syahdukan beliau,
ku usap dari hujung tiang hingga tapak PERHIMPUNAN.

Mata tutup sayu,
nada ada satu,
"aceh sayang bangah"

aku yang belajar atau dibelajar?

07 JULAI 2011
BANDAR TUN RAZAK,
KUALA LUMPUR.

Tuesday, April 6, 2010

some of my sketch




.............

dalam rintik-rintik hujan,
yang titis-titisnya sedikit menyentuh kulitku,
bergetar rasa pada rahsia jasad ini,
terbiar serba salah dalam kata BUDI,
tertunai janji atau masih menghitung hari?

seketika di sisi perubahan siang malam
Bandar Tun Razak, cheras,
Kuala Lumpur.
28 march 2010

Thursday, November 5, 2009

.........

carik-carik benda yang nyata,
biar rasa sampai seksa,
ada nikmat dasampingNYA.

OKTOBER 2009
ALOR GAJAH